Wednesday, March 17, 2010

SARINGAN ACARA TREK

1) Acara saringan bagi acara-acara trek telah diubah sedikit memandangkan ia akan diadakan
di Istad Iskandariah (ada 8 lane) bukan di Istad Gama'ah (ada 6 lane). Maklumat yang berkenaan :


Tempat: Istad Iskandariah, Mahrambeit
Tarikh: 2 April
Hari: Jumaat
Masa: 2pm - 3pm (akhawat)
3pm - 4pm (ikhwah)


Jumlah peserta setiap acara : 16 orang
Pusingan utk saringan : 2 kali

bermakna, 8 orang utk 1 pusingan. 4 peserta terpantas untuk setiap pusingan akan masuk acara akhir.
8 orang akan ke final.

saringan akan diadakan bagi acara 100m, 200m, 400m, dan 800m sahaja.

2) Bagi acara lompat jauh, saringan dan final akan diadakan pada hari akhir karnival.
Dibuat dalam 2 pusingan. Setiap pusingan 3 lompatan. 10 orang dengan catatan paling jauh
akan masuk pusingan ke-2 iaitu pusingan akhir. Pusingan akhir pun 3 lompatan dan dgn 3 orang
catatan paling jauh adalah pemenangnya.

3) Acara kemuncak karnival tidak akan diadakan di Istad Gama'ah seperti sebelum ni, tetapi
telah berpindah tempat ke Istad Iskandariah, Mahrambeit kerana ada masalah tertentu. InsyaAllah.

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars