Monday, March 22, 2010

Peraturan Kejohanan Sukan Tenpin Bowling PCI 2010

1. PERATURAN AM

1.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).

2. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

2.1. Tiga Berpasukan Ikhwah (lelaki) & Tiga Berpasukan Akhawat (wanita)

2.2. Catatan pemarkahan individu tertinggi bagi setiap kategori lelaki dan wanita.

3. ACARA TIGA BERPASUKAN

3.1 Setiap pasukan rumah dibenarkan menghantar dua (2) pasukan yang mengandungi enam (6) orang pemain lelaki dan enam (6) orang pemain wanita. Setiap tim mempunyai 3 orang pemain.

3.2 Setiap pemain mestilah hanya terdiri daripada ahli rumah sendiri sahaja dan pemain tidak dibenarkan bermain untuk tim lain walaupun untuk rumah sendiri. Markah penalty akan dikenakan sekiranya pemain berbuat demikian.

3.3 Setiap pemain dalam setiap pasukan bermain sebanyak tiga (3 games) permainan.

3.4 Keputusan Pertandingan akan ditentukan bagi pasukan yang memperoleh jatuhan pin terbanyak, kedua terbanyak dan ketiga terbanyak.

3.5 Hanya jumlah jatuhan pin bagi dua (2 games) permainan sahaja yang akan diambil kira. Jumlah markah kumpulan bagi satu lagi permainan (cacatan jumlah terendah) tidak diambil kira.

3.5 Hadiah akan disediakan bagi pemain yang mendapat Hi-Series (markah jumlah bagi 2 games) bagi acara berpasukan ini. Hadiah juga akan disediakan bagi peserta individu yang mencatat jatuhan pin terbanyak.

4. PENGESAHAN KEPUTUSAN

4.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain/pasukan untuk mengesahkan keputusan perlawanannya dalam skor yang telah disediakan.

4.2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh dibantah dengan kebenaran AJK Bowling yang telah dilantik.

5. GANGGUAN PERMAINAN

5.1 AJK Bowling mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin atau kerosakan-kerosakan lain.

6. PAKAIAN

6.1 Semua peserta hendaklah memakai baju dan warna yang seragam yang melambangkan rumah (batch) masing-masing. Sebarang pakaian berwarna rumah lain akan dikenakan penalty.

6.2 Pakaian haruslah menepati syara’ dan adab yang telah termaktub dalam hukum Islam.

7. LARANGAN

7.1 Peserta-peserta adalah dilarang merokok, meminum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan berlangsung.

7.2 Sekiranya ada peserta yang melanggar peraturan ini, penyertaannya dalam pertandingan ini akan dibatalkan serta-merta.

Pertandingan adalah pada

Ikhwah ; 23 mac

Akhawat : 24 mac

Sebarang masalah boleh diajukan kepada:

Anwar Azhari Bin Abdul Karim- unaruto_war@yahoo.com

Nur Afida Hanim Binti Jamal- fida_yo@yahoo.com

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars