Friday, April 9, 2010

IKLAN~~

---

“Teh Tarik satu, Bos! Kasi panja-a-ang punya! Hat paling kaww naa ”

“Roti bom, Bro! Nak yg meletup pnya!”

---

Bersempena dengan hari kemuncak

Kejohanan Sukan PERUBATAN Cawangan Iskandariah (KSPCI) 2010,

Unit Jualan KSPCI 10 dengan kolaborasi Unit Jualan Biro Ekonomi PCI 10/11 membawakan anda satu perkumpulan Chef-chef terbaik warga Iskandariah melalui…

RESTORAN KSPCI 2010

Tempat: Istad Gama’ah

Tarikh: 16 April 2010

Hari : Jumaat

Anda berminat untuk mempamerkan bakat-bakat memasak dan usahawan muda yang sekian lama telah terpendam tanpa diiktiraf dan dikagumi?

Ingin memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk merasai masakan anda selain ahli-ahli bait yang dicintai?

…Atau hanya berminat menjana ekonomi diri sendiri?

Rebutlah peluang keemasan ini!

Bagi yang berminat menjual makanan dan minuman pada hari kemuncak KSPCI 2010 pada tarikh yang tertera di atas, anda bolehlah berdaftar dengan wakil-wakil pendaftaran kami:

-Mohd Hazamir Aziz- 0116920707
-Adiba Mad Zain-
0119094685

**Chef-chef yang berminat, sila ambil perhatian bahawa:

1) Yuran pendaftaran sebanyak LE 5.00 akan dikenakan oleh pihak penganjur untuk menampung kos-kos pengurusan seperti pencetakan kupon, dll.

2) Pendaftaran oleh ahli-ahli yang berminat menjual makanan/minuman sebelum tarikh tutup pada hari Sabtu, 10hb April 2010.

3) Senarai makanan yang ingin dijual beserta anggaran kuantiti maksimum yang mampu disediakan perlu diserahkan kepada wakil-wakil kami sebelum tarikh yang akan ditetapkan.

TAPI… SAYA BERMINAT MEMBELI, BUKAN MENJUAL!

Ah, takde gunanya warta ini utk saya! T___T

Jangan gusar, di mana ada yang menjual, perlu ada yang membeli! ;)

Peranan anda sebagai konsumer adalah dengan memberi sokongan (dlm bentuk wang sahaja :P ) kepada Chef-chef Iskandariah!

**PARA PEMBELI, sila ambil perhatian bahawa:

1) Menu (Senarai makanan) akan diedarkan di dewan-dewan kuliah, kelas-kelas praktikal dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya .

2) Tempahan akan diambil oleh wakil-wakil bertanggungjawab (waiter) yang ditempatkan dengan strategik di dewan-dewan kuliah atau kelas-kelas praktikal serta tempat-tempat yang sewaktu dengannya.

3) Pembayaran penuh perlu dilakukan kepada wakil-wakil kami sebelum penerimaan tempahan makanan pada hari kemuncak KSPCI 2010 (16hb April 2010)

4) Resit pembelian akan diberi untuk membolehkan anda menuntut makanan yang ditempah pada hari kemuncak KSPCI 2010.

HAA~ TUNGGU APA LAGI?

JOM PAKAT2 MEMERIAHKAN SUASANA…

RESTORAN KSPCI 2010

JUMAAT, 16HB APRIL 2010

BE A PART OF IT!

**Nota tambahan:

Ahli-ahli yang berminat untuk memeriahkan sambutan hari kemuncak KSPCI 2010 dan menyokong atlet-atlet rumah sukan masing-masing pada 16hb April 2010 ini digalakkan membeli/menjual makanan pada hari tersebut kerana pihak penganjur hanya akan menyediakan makanan untuk para ahli sukan yang berjuang untuk kemenangan rumah mereka dalam acara-acara tertentu yang akan berlangsung pada hari tersebut.

Tiada makanan akan disediakan untuk para penyokong.

Harap maklum.

BERSAMA MENJANA EKONOMI PERUBATAN

UNIT JUALAN KSPCI 10

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars