Monday, April 26, 2010

PENJELASAN MENGENAI SISTEM TAJAAN KSPCI~

بسم الله الرحمن الرحيم

Masihkah anda semua ingat mengenai sistem tajaan KSPCI yang dilancarkan sebelum bermulanya KSPCI? Sesungguhnya terdapat syubhah dalam sistem tajaan ini yang mana terdapat beberapa persamaan dengan judi yang diharamkan dari empat sudut, iaitu pertandingan, mengeluarkan duit , ada menang dan kalah, dan ada rugi atau untung. Juga terdapat unsur rasuah yang telah diutarakan oleh sesetengah pihak.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Jadi di sini kami ingin menerangkan beberapa perkara.Setelah berbincang dengan pihak yang arif maka kami memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak mahu terjerumus kepada perkara yang syubhah dan ingin berlaku adil. Ini memandangkan jumlah pelajar di dalam setiap tahun adalah berlainan. Sebagai contoh tahun 3 merupakan tahun yg paling sedikit bilangannya dibandingkan dengan tahun 1. Jadi timbul persoalan di sini adalah tidak adil bagi tahun 3 untuk mengumpul kan wang sebanyak tahun 1. Antara lain nya,semua sedia maklum bahawa rumah merah menyumbangkan wang yang paling banyak. Kesan daripada itu, jumlah mata yang diperoleh juga bertambah dan kemenangan rumah merah pada final nanti contohnya, pasti menjadi isu. Akan terdetik di dalam hati kita, adakah ini kejohanan mengumpul duit paling banyak atau pun kejohanan sukan?

Jadi, mata-mata yang telah dikumpulkan hasil daripada sumbangan setiap individu yang budiman akan ditarik balik sepenuhnya menjadikan kejohanan ini adalah kejohanan sukan semata-mata. Hanya satu tujuan utama sistem ini, iaitu mengumpul dana hasil belas ehsan ahli demi melaksanakan KSPCI.

Pengurus pasukan akan berjumpa dengan anda semua utk menerangkan isu ini. Pihak PCI dan KSPCI memohon sejuta kemaafan di atas kecuaian kami semasa menjalankan amanah yang diberikan ini. Semoga utusan ini menjelaskan segala persoalan di fikiran anda semua.

Oleh itu, wang anda akan dipulangkan dan anda bolehlah menuntutnya daripada Muhammad Ihsan bin A. Wahab dan NorHidayah binti Omar dan wakil2 pengurus pasukan. Bagi yang ingin meneruskan sumbangannya kami ucapkan terima kasih. Segala persoalan juga boleh diajukan kepada kami. Kami mengharapkan semoga anda belapang dada dalam hal ini. Kesilapan ini akan dijadikan pengajaran oleh kami dan anda semua untuk sebarang penganjuran program di masa-masa akan datang. Sekian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda bolehlah terus menghubungi:

1. Pengerusi PCI: Abdul Rahim Bin Suhaini ars_slumb - 0119367282

2. Timb pengerusi PCI: Nurul Izyani Binti Rosley n_izyani88 0145576811

3. Ketua Unit Sukan Dan Aktiviti Luar: Abdullah Shauqi bin Kusairy abuqi_fityah 0147728966

4. Timbalan Unit Sukan Dan Aktiviti Luar: Lina Liyana Binti Muhamad lynamyza 0114189594

5. Pengarah KSPCI: Abdullah Ammar bin Ab Rahman shinseijurou@yahoo.com 0141562596

6. Timb Pengarah KSPCI: An Najjah bt Tanmami dian_oghen@yahoo.com 0116467901

7. Ketua Unit Penajaan: Muhammad Ihsan bin A. Wahab leeihsan@yahoo.com 0108950690

8. Timbalan Ketua Unit Penajaan: NorHidayah binti Omar sk8ercasper_88@yahoo.com 0101423989

0 comments:


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars