Thursday, April 29, 2010

KEDUDUKAN TEMPAT DUDUK @ ISTAD ISKANDARIAH~





TAMBAHAN : KEDUDUKAN TEMPAT ADALAH MENGIKUT RUMAH MASING2.INI ADALAH BERDASARKAN UNDIAN YG TELAH DILAKUKAN OLEH AJK TEMPAT DAN PERALATAN.HARAP MAKLUM.

Etika2 hari sukan:~

Berikut adalah etika-etika ketika hari sukan yg perlu dipatuhi untuk setiap ikhwah dan akhawat:

1.0 PAKAIAN

1.1 Ikhwah

1.1.1 Peserta mestilah memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

1.1.2 Peserta digalakkan memakai T-shirt dan berseluar panjang.

1.1.3 Peserta tidak dibenarkan memakai seluar pendek dan berbaju singlet.

1.1.4 Peserta wajib menutup dan menjaga aurat sepanjang program berlangsung.(aurat lelaki antara pusat dengan lutut)



1.2 Akhawat

1.2.1 Peserta mestilah memakai pakaian yang sesuai dan menutup aurat.

1.2.2 Peserta digalakkan memakai T-shirt labuh dan berseluar panjang.

1.2.3 Kriteria pakaian yang digalakkan adalah:

. Longgar dan tidak ketat
· Baju mestilah labuh melepasi punggung
· Tidak jarang dan tidak mendedahkan susuk badan
· Tidak dibenarkan memakai seluar putih
· Tudung mestilah melepasi aras dada
· Tidak dibenarkan memakai T-shirt lengan pendek dan berseluar pendek

1.2.4 Peserta wajib menutup dan menjaga aurat sepanjang program berlangsung.(aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan)


2.0 SUARA

2.1 Peserta hendaklah mengawal suara.

2.2 Lazimi harimu dengan zikir dan selawat.



3.0 UMUM


3.1 Dilarang merokok

3.2 Digalakkan untuk berkenalan antara satu sama lain (sesama jantina)

3.3 Dinasihatkan menjaga adab pergaulan antara lelaki dan perempuan. Elakkan pergaulan bebas.

3.4 Kata-kata kesat, aksi-aksi terlampau dan sebarang provokasi negatif adalah dilarang.



"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung". [Al-Imran:104]



(Dengan kerjasama JAKSI dan AJK KESELAMATAN, KECEMASAN, & DISIPLIN KSPCI 10)

FINAL KSPCI~

Hari yang amat dinanti2kan oleh semua telah pun tiba.Berikut adalah makluman berkenaan
Majlis penutupan KEJOHANAN SUKAN PERUBATAN CAWANGAN ISKANDARIAH esok.

Tarikh : 30 April 2010 JUMAAT
Masa : 6.30pg - 12.00tghari ( daylight saving telah bermula,oleh itu tambah satu jam untuk jam masing2 )
Tempat : Istad Iskandariah ( boleh rujuk post yg lepas untuk peta )


SILA DATANG AWAL,tidak kira atlet ataupun penonton ( kalau x mahu ketinggalan menyaksikan kehebatan atlet2 anda beraksi ).Acara akan dimulakan tepat pada masanya.
Oleh itu,
Atlet akhawat sila hadir tepat 6.30pg
Atlet ikhwah sila hadir tepat 8.00pg

TENTATIF FINAL KSPCI~

6.30-8.00pg : Balapan Perempuan

8.00-9.30 : Balapan Lelaki Dan Lompat Jauh Lelaki

9.30-10.00 : Ketibaan Tetamu

10.00 : Bacaan doa

10.05: Ucapan VIP dan perasmian oleh Ustaz Ishak.

10.25:Persembahan Maskot Rumah

10.35:Penyampaian Hadiah

11.05:Persembahan

11.15:Penyampaian Hadiah
a)Kawad
b)Olahragawan
c)Maskot Terbaik
d)Keseluruhan

12.00: Bersurai


Perhatian :Pemakaian pelajar2 pada hari tersebut adalah bertemakan pd warna rumah masing2.

Pemakaian mestilah menutup aurat
- Tiada unsur2 memakai pakaian yg tidak cukup kain (ketat/lgn pendek) bg perempuan.
- Berseluar pendek bg lelaki juga tidak dibenarkan (atas lutut)



Yang Benar,
C.M.H
Unit juruacara/hakim

Wednesday, April 28, 2010

PERTANDINGAN ‘TEKA KACANG’ KSPCI

PERTANDINGAN ‘TEKA KACANG’ KSPCI

Sebagai langkah untuk menjaga kebersihan pada ‘Grand Finale KSPCI’, pihak KSPCI akan mengadakan satu peraduan teka kacang…

Satu kaunter khas akan dibuka untuk mana2 mahasiswa yang berminat untuk menyertai pertandingan ini. Penyertaan adalah tidak terhad dan percuma! Anda hanya perlu membawa 1 botol air mineral/ 1 plastic makanan/ 1 cawan kertas/ bungkusan gula2/ bungkusan keropok atau apa2 sahaja yang boleh mengotorkan alam sekitar kepada kaunter ini untuk membuat satu tekaan…

HADIAH MENARIK MENANTI ANDA!

Monday, April 26, 2010

PENJELASAN MENGENAI SISTEM TAJAAN KSPCI~

بسم الله الرحمن الرحيم

Masihkah anda semua ingat mengenai sistem tajaan KSPCI yang dilancarkan sebelum bermulanya KSPCI? Sesungguhnya terdapat syubhah dalam sistem tajaan ini yang mana terdapat beberapa persamaan dengan judi yang diharamkan dari empat sudut, iaitu pertandingan, mengeluarkan duit , ada menang dan kalah, dan ada rugi atau untung. Juga terdapat unsur rasuah yang telah diutarakan oleh sesetengah pihak.

Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)

Jadi di sini kami ingin menerangkan beberapa perkara.Setelah berbincang dengan pihak yang arif maka kami memutuskan untuk membatalkannya kerana tidak mahu terjerumus kepada perkara yang syubhah dan ingin berlaku adil. Ini memandangkan jumlah pelajar di dalam setiap tahun adalah berlainan. Sebagai contoh tahun 3 merupakan tahun yg paling sedikit bilangannya dibandingkan dengan tahun 1. Jadi timbul persoalan di sini adalah tidak adil bagi tahun 3 untuk mengumpul kan wang sebanyak tahun 1. Antara lain nya,semua sedia maklum bahawa rumah merah menyumbangkan wang yang paling banyak. Kesan daripada itu, jumlah mata yang diperoleh juga bertambah dan kemenangan rumah merah pada final nanti contohnya, pasti menjadi isu. Akan terdetik di dalam hati kita, adakah ini kejohanan mengumpul duit paling banyak atau pun kejohanan sukan?

Jadi, mata-mata yang telah dikumpulkan hasil daripada sumbangan setiap individu yang budiman akan ditarik balik sepenuhnya menjadikan kejohanan ini adalah kejohanan sukan semata-mata. Hanya satu tujuan utama sistem ini, iaitu mengumpul dana hasil belas ehsan ahli demi melaksanakan KSPCI.

Pengurus pasukan akan berjumpa dengan anda semua utk menerangkan isu ini. Pihak PCI dan KSPCI memohon sejuta kemaafan di atas kecuaian kami semasa menjalankan amanah yang diberikan ini. Semoga utusan ini menjelaskan segala persoalan di fikiran anda semua.

Oleh itu, wang anda akan dipulangkan dan anda bolehlah menuntutnya daripada Muhammad Ihsan bin A. Wahab dan NorHidayah binti Omar dan wakil2 pengurus pasukan. Bagi yang ingin meneruskan sumbangannya kami ucapkan terima kasih. Segala persoalan juga boleh diajukan kepada kami. Kami mengharapkan semoga anda belapang dada dalam hal ini. Kesilapan ini akan dijadikan pengajaran oleh kami dan anda semua untuk sebarang penganjuran program di masa-masa akan datang. Sekian.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan anda bolehlah terus menghubungi:

1. Pengerusi PCI: Abdul Rahim Bin Suhaini ars_slumb - 0119367282

2. Timb pengerusi PCI: Nurul Izyani Binti Rosley n_izyani88 0145576811

3. Ketua Unit Sukan Dan Aktiviti Luar: Abdullah Shauqi bin Kusairy abuqi_fityah 0147728966

4. Timbalan Unit Sukan Dan Aktiviti Luar: Lina Liyana Binti Muhamad lynamyza 0114189594

5. Pengarah KSPCI: Abdullah Ammar bin Ab Rahman shinseijurou@yahoo.com 0141562596

6. Timb Pengarah KSPCI: An Najjah bt Tanmami dian_oghen@yahoo.com 0116467901

7. Ketua Unit Penajaan: Muhammad Ihsan bin A. Wahab leeihsan@yahoo.com 0108950690

8. Timbalan Ketua Unit Penajaan: NorHidayah binti Omar sk8ercasper_88@yahoo.com 0101423989

Friday, April 23, 2010

KEDUDUKAN PINGAT TERKINI!! ( x termasuk balapan,perbarisan n marathon)

EMAS

PERAK

GANGSA

JUMLAH

MERAH

1

6

4

11

BIRU

5

4

4

13

HIJAU

8

4

6

18

KUNING

3

3

3

9


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars