Tuesday, March 30, 2010

TENIS!!!

Rules & regulations

-setiap rumah sukan akan menghantar 2 pemain perseorangan dan 2 pasukan beregu.

-setiap pemain hendaklah pelajar melayu yang merupakan pelajar perubatan university iskandariah. Pemain import tidak akan dilayan, bahkan dihalau sewajarnya.

-struktur perjalanan setiap perlawanan akan mengikut lampiran yg disediakan.

Cara perlawanan:

-setiap match mengandungi 4 games. Barang mane pemain yang berjaya memenangi 4 games sebelum pemain lawannya di kira pemenang (race to 4).

-kiraan dalam game adalah mengikut kiraan standard antarabangsa (15,30,40,game…deuce dan advantage juga diapply dlm permainan).

Sekian.

Pengumuman

-acara tenis single dan double bagi lelaki akan dijalankan serentak selama 2 hari, iaitu pada 31 mac dan 1 april. Ini berikutan court tenis yang terdapat di syatbi mempunyai satu court single dan satu court double.

-perlawanan pertama akan bermula tepat jam 7 malam bagi double dan single. Kita perlu bermula awal kerana kesuntukan masa. Mereka yang bermain 1st game boleh menunaikan solat maghrib di masjid bersebelahan dgn court.

-setiap pengurus pasukan, sila hantar nama pemain tenis anda kepada kacang_botol2000@yahoo.com dan jadual perlawanan akan di update setelah nama-nama pemain diperolehi.

*P/s: Perlawanan pukul 7 bermula dengan single dan double tahun 2a menentang single dan double tahun 3a.DIHARAP semua pemain dapat berada di tempat perlawanan tepat pada masanya bagi melancarkan pengurusan pertandingan.

Perhatian buat semua!!!!!

Sabtu

 

27 /3

3 /4

10 /4

Ahad

 

28 /3

4 /4

11 /4

Isnin

 

29 /3

5 /4

12 /4

Selasa

30 /3

Bola Keranjang [P]

6 /4

13 /4

Rabu

31 /3

Tenis [L]

Ping Pong Beregu [P]

7 /4

14 /4

Khamis

1 /4

Tenis  [L]

8 /4

Tenis [P]

Bola Keranjang [L]

15 /4

Jumaat

2 /4

Final Futsal [L]

Saringan Olahraga

[L] & [P]

Ping Pong Beregu [L]

9 /4

Marathon[L&P]

Tenis [P]

16 /4

Final Day

Perbarisan [P]

Balapan [L&P]

Tarik Tali [L&P]

Penyampaian Hadiah.

Buat sementara ini, waktu dan tarikh terbaru bagi acara Bola Jaring [P] dan Final Futsal [P] akan dimaklumkan kemudian. Buat semua peserta acara ini, anda dikehendaki sentiasa berada dalam keadaan bersedia fizikal dan mental memandangkan apabila tempat dan tarikh telah ditetapkan, kami akan terus maklumkan kepada Pengurus Pasukan.

Untuk acara pada hari Jumaat ini, 2 April 2010, berikut adalah tentatif perjalanan acara untuk Final Futsal [L] dan Saringan Olahraga [L] & [P] yang akan diadakan di ISTAD GAMAAH :-

8 am – 10 am : Final Futsal [L]

10 am – 11 am : Saringan Olahraga [P]

11 am – 12 am : Saringan Olahraga [L]

Untuk Ping Pong Beregu [L], masa dan tempat adalah sama (7 pm di Nadi Tram Shatby).

Untuk acara Tenis, acara akan diadakan serentak bagi kategori Perseorangan dan Beregu untuk 2 hari. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada AJK Acara Tenis.

Mohon maaf atas keterlewatan menghantar update terbaru.

Saturday, March 27, 2010

PING PONG ( BEREGU )

Berikut adalah peraturan bagi permainan BEREGU ping-pong :

Wrong court akan diberi mata kepada pihak lawan.*hanya untuk game double

Setiap player akan servis sebanyak 5x kepada pihak lawan.

Contoh: player A & B lawan player X & Y.

- Servis player A kepada player X sebanyak 5x. Selepas player selesai servis sebanyak 5x, player A(server) akan tukar posisi dengan B, so player A di kiri dan player B di kanan. Tapi team yang terima servis TIDAK perlu tukar posisi.

- Sekarang ni turn player X untuk servis kepada player B sebanyak 5x. Selepas selesai 5x servis, player X akan tukar posisi ke kiri manakala player Y akan berada di sebelah kanan.

- Sekarang turn player B pulak untuk servis sebanyak 5x. Player B akan servis kepada player Y(yang berada di sebelah kanan). Then, player B akan tukar posisi ke kiri manakala player A ke kanan.

- Player Y akan servis kepada player A sebanyak 5x. Selepas itu, player Y akan tukar posisi ke kiri manakala player A akan stay dan servis kepada player B..pusingan ni akan berulang sampai set!(21 point)

SERVER sahaja akan tukar posisi selepas servis manakala RECEIVER tidak perlu tukar posisi.

Game point adalah 21 points.

Dalam peringkat kumpulan/liga tiap team akan berlawan sebanyak 1set/match sahaja*

Dalam perlawan kalah mati (semi-final ke atas) setiap team akan berlawan sebanyak 3set/match (best 3). Team yang menang 2 set dikira pemenang. Cth: 2-0 or 2-1

*sebarang perubahan akan dimaklumkan semula..

* bagi permainan single, peraturan permainan lain sket..dalam peringkat kumpulan/liga, tiap player akan bermain best 3 (yakni macam kalah mati double). Tapi bagi peringkat kalah mati pulak, player akan bermain best 5 (yakni sape dapat 3 set first dikira menang).

*single akan bermain untuk 11 points per game sahaja.

Friday, March 26, 2010

INI ADALAH IKLAN GAMBAR KSPCI’10! dan IKLAN INI ADALAH UNTUK AKHAWAT SAHAJA.

Assalamualaikum sidang Akhawat Alex Med sekalian.


AJK Photography Akhawat KSPCI’10 sudah pun menghimpunkan gambar-gambar aksi riang ria 2 acara yang baru sahaja berlangsung baru-baru ini,iaitu : Acara Futsal (saringan) & Acara Bowling.

Bagi para peserta ataupun supporters ataupun siapa-siapa sahaja, termasuklah ahli keluarga di Malaysia ataupun sahabat handai kalian yang mahukan copy gambar2 tersebut, bolehlah hantarkan SMS kepada kami. Mohon kerjasama, minta SMS sahaja.ya. J. Bolehlah SMSkan order anda kepada ;

Saudari Anisah Ali (Kak Nisa Ali) : 011 916 3744
Saudari Hanisah Azmi : 011 597 3814

Dalam SMS tersebut, sila nyatakan NAMATAHUNFOLDER GAMBAR
* FOLDER GAMBAR :
acara Futsal saringan taipkan : FUTSAL SARINGAN.
acara Bowling : BOWLING.

Apa kami akan buat adalah, kami akan membakar (hehe), burn, gambar2 tersebut kedalam sekeping Cd, dan InsyaALLAH Cd tersebut akan diserahkan kepada anda. Kita buat janji lah untuk berjumpa dimana2 setelah CD tersebut siap membakar gambar-gambar.
Jika tidak keberatan, kami ingin mengutip bayaran sebanyak 2 genih untuk satu CD. Kami tidak mengambil untung apa-apa dari duit bayaran ini, jikapun ada lebih, kami akan terus salurkan ke tabung Perubatan atau ke tabung Palestine.InsyaALLAH. dengan doa mudahan setiap harta yang diinfaqkan dijalanNya mendapat Redha serta ganjaran yang berlipat ganda.


PERATURAN KAWAD KAKI DAN PERBARISAN

SISTEM PEMARKAHAN :

Gaya Rupa (Turn Out) - 20%

Pakaian – 20%

Kata-kata perintah (Commander) – 20%

Pergerakan / Gaya Rupa Jalan – 20%

Disiplin Pasukan / Individu – 20%

Kawad Farmasi – 20%

Jumlah keseluruhan – 120%

SEBELUM MELAPUR

- Paraskan barisan dan berjalan bertiga-tiga dalam barisan.

- Dari kanan,cepat jalan.

*** ( lihat pada peta )

- Masuk

- Pusing depan.

- Buka barisan

- Ke kanan lurus/pandang depan

- Dari kanan nombor

- Lapur.

CARA MELAPUR

Tabik hormat

“ Assalamualaikum Encik..Saya sarjan kadet (nama pasukan) selaku platun leader melapurkan anggota kadet dalam baris terdiri seramai 31 oramg siap sedia untuk diperiksa dan diuji kawad encik”

- Belakang pusing

- Bergerak 10 langkah (ke arah center)

- Hadapan pusing

KAWAD STATIK (center)

- Sedia/senang diri

- Ke kanan lurus/Pandang depan

- Buka barisan/Tutup barisan

- Kanan/Kiri pusing

- Belakang/Hadapan pusing

- Maju ke hadapan 10 langkah

KAWAD HORMAT ( pusingan pertama)

*** ( lihat pada peta )

Bertiga-tiga jalan (satu pusingan mengikut anak panah berwarna merah)

Apabila sampai di kawasan bertanda ( X ), skuad dikehendaki melakukan kawad hormat seperti berikut :

- Hormat ke hadapan hormat

- Pandang hadapan

(dan terus berjalan bertiga-tiga untuk pusingan kedua)

KAWAD PERLAHAN JALAN (pusingan kedua)

*** ( lihat pada peta )

Skuad dikehendaki berjalan sampai ke kawasan bertanda ( X ) seperti tertera pada peta.

Perlahan jalan

Pusing belakang

Tukar langkah

Kanan belok (sambil berjalan) sampai ke cone 5.

Masuk ke tengah (center)

Menghadap ke hadapan.

KAWAD FARMASI (5 bunga)

Kawad farmasi bermula.

Bunga terakhir mestilah mengumpulkan kembali skuad dalam barisan yang asal

Luruskan barisan

Maju ke hadapan (untuk sarjan melapur keluar baris)

Sarjan lapur

CARA MELAPUR

“Assalamualaikum Encik. Saya sarjan kadet (nama pasukan) selesai ujian kawad dan mohon unutk menjalankan tugas lain encik.........Terima kasih encik”

Kanan pusing

Keluar baris

Bersurai


Wednesday, March 24, 2010

Peraturan permainan PING PONG~~


1. Point ;


Liga & Kalah Mati ( 2 SET ) * jika seri,akan ditambah lagi satu set bagi menentukan pemenang

i) single - 11 points

ii) double - 21 points

2. Pemain mestilah memakai pakaian yang sesuai dengan warna rumah sukan batch masing-masing.

3. Memakai pakaian yang menjaga adab dan menutup aurat.

4. Datang tepat pada masa yang telah ditentukan.

5. Sila pastikan berada di court 10 minit awal sebelum perlawanan bermula.

6. Peserta yang lewat akan dikira kalah untuk perlawanan pertama.

7. Alatan permainan, hanya bola akan disediakan oleh pihak penganjur.

8. Yuran bagi setiap peserta adalah 10 LE sahaja.




~AJK PINGPONG KSPCI~

· Nu’aim Hibatullah bin Mohd Nizar aimace_90@yahoo.com

· Mastura binti Mohd Ismail mas_skyline@yahoo.com


DARI JAKSI UNTUK ANDA~~

DI DALAM Islam, segala permainan dan hiburan harus dan selagi tidak melanggar batas-batas syarak adalah diharuskan bagi melapangkan hati sekali gus dapat mencergaskan jiwa yang telah lesu. Agama Islam bukanlah satu agama kaku tetapi adalah agama yang dipenuhi dengan kemanisan dan diluhuri dengan budi pekerti. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri tidak melarang untuk berhibur dan bermain sebagaimana riwayat Imam Al-Baihaqi daripada Al-Muthalib bin Abdullah di dalam sabda Baginda yang bermaksud :

“Hiburkan atau bermainlah kamu, kerana saya benci melihat dalam agama kamu yang bengis dan masam yakni tiada lemah lembut dan manis muka dan hati.”

Pada zaman serba moden ini pelbagai jenis sukan telah diperkenalkan kepada umum. Maka dalam bermacam jenis sukan yang diperkenalkan itu, sebagai seorang Muslim dan Muslimah mestilah memastikan sukan yang hendak diikuti dan dilakukan itu sesuai dan tidak melanggar hukum-hukum syarak. Islam menetapkan beberapa panduan yang harus diikuti dalam bersukan. sama ada panduan tersebut khusus bagi individu itu sendiri mahupun panduan bagi acara sukan yang diadakan, di antara adab-adabnya ialah

BERSUKAN MENGIKUT FITRAH

Setiap sukan yang hendak diikuti mestilah mengikut fitrah masing-masing. Bagi setiap insan sama ada lelaki mahupun perempuan mempunyai fitrah yang telah ditetapkan Allah Subhanahu Wata’ala, lelaki biasanya dikenali dan dikaitkan dengan kegagahan dan ketangkasan, manakala perempuan pula sering kali disifatkan dan dihubungkan dengan kelembutan dan keperibadiannya yang pemalu. Sebab itulah setiap sukan atau olahraga itu hanya tertakluk kepada jantina yang tertentu sahaja, seperti menunggang kuda, bola sepak, tarik kalat dan sebagainya dikhususkan untuk lelaki sahaja memandangkan ianya adalah permainan yang lasak, manakala perempuan pula diharuskan bersukan yang sesuai dengan kelembutannya seperti berlari atau berjalan kaki, asalkan ianya dibatasi dengan hukum-hukum syarak.

MENUTUP AURAT DAN MENJAGA BATAS PERGAULAN

Penutupan aurat bukan hanya diwajibkan di dalam waktu sembahyang sahaja, tetapi ianya dituntut di mana sahaja selagi berada di tempat awam atau berada di hadapan (ajnabi) lelaki atau perempuan yang halal dinikahi. Dengan terciptanya pakaian, ianya adalah di antara nikmat Allah Subhanahu Wata’ala untuk manusia agar ianya dapat digunakan sebagai penutup aurat mereka. Islam juga mengkhususkan dan membataskan pakaian kaum Muslimin agar dapat menghindari dari melakukan dan dilakukan maksiat ke atasnya. Selain dari itu, setiap muslim hendaklah menjaga batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh Islam. Hubungan ikhtilat lelaki dan perempuan hendaklah di jaga dan sebarang bentuk sukan yang boleh menaikkan syahwat adalah dilarang di dalam Islam.

Perjalanan sesbuah aktiviti sukan telah diwarisi sejak turun temurun bermula dari penciptanya. Sukan bola sepak akan dimainkan dengan cara yang sama walaupun anda berada di dua titik yang berjauhan di muka bumi, ini bermakna ,bagi membolehkan bola sepak diterima sebagai satu sukan yang universal, ia perlu dimainkan dengan syarat yang telah ditetapkan. Dua puluh dua pemain, dua gol dan sebiji bola sepak adalah ramuan asli bagi permainan ini. Namun begitu, Islam mengajar pengikutnya untuk menambahkan satu rempah penting dalam menjadikan permainan ini diterima di sisi Allah SWT. "Ikutlah syariatNya dimana saja anda berada". bagi Muslim, syarat sah permainan bola sepak ini bukan semata mata material, tetapi lebih subjektif lagi, disebalik permainan ini, ada hati yang ikhlas menjunjung segala arahan dan larangan Allah kepadanya.

Pelbagai bentuk syariat Allah yang kebanyakan dari kita telah lupa. Disamping aurat, kita sungguh jarang sedar akan pergaulan bebas yang terjadi dalam perjalanan sukan. Dari penyokong hinggalah kepada yang bermain, dari latihan hinggalah ke hari penentuan kejuaraan. Jika muslimnya kita dibawa kedalam permainan, kita pasti akan mengelak daripada terjadinya segala bentuk perlanggaran syariat. Sebagai contoh ikhtilat tidak syari'e antara muslim dan muslimah. Lelaki dan perempuan punyai batas yang telah ditentukan sejak azali. Jika terjadinya perlanggaran batas ini, sudah tentu redhaNya tiada kita temui, susah keberkatan untuk kita dapatkan dalam sukan yang kita islamikkan ini.

SUKAN YANG TIDAK MELALAIKAN

Sukan adalah di antara hiburan yang digemari ramai pada masa kini, adalah menjadi satu kelaziman bagi setiap insan menyukai perkara-perkara yang menghiburkan hati, tetapi sebagai seorang Muslim atau Muslimah mestilah membatasi setiap perkara yang hendak dibuat agar selaras dengan hukum syarak. Maka jika sekiranya sukan yang hendak diikuti itu antara perkara yang melalaikan dan boleh menyebabkan seseorang tersebut meninggalkan kewajipan atau tanggungjawabnya, seperti meninggalkan sembahyang atau mengabaikan tanggungjawabnya terhadap keluarganya, maka ini telah dikategorikan sebagai melanggar hukum Islam kerana ianya telah mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Allah Subhanahu Wata’ala dan tanggungjawabnya terhadap keluarganya yang mana mereka ini adalah amanah yang diberikan oleh Allah.

P/S – Diharap kepada semua mahasiswa dan mahasiswi agar mematuhi jadual bersukan yang telah ditetapkan. Elakkan percampuran lelaki dan perempuan yang tidak perlu samada semasa latihan ataupun perkara-perkara yang lain. Jadikan sukan ini sebagai peluang menyihatkan badan dengan cara yang paling Allah redha disamping kelebihan lain yang bakal kita peroleh. Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNYA ke atas kita atas sedikit usaha kebaikan yang kita lakukan.

- Unit Penerangan JAKSI PCI 2010 -

Tuesday, March 23, 2010

Sistem Musyrif utk acara boling akhawat malam esok, 24 Mac

Perhatian kepada semua akhawat, terutama kepada yg terlibat dlm permainan boling di Green Plaza Bowling pada malam esok, 24/3.

Seperti yg semua maklum, acara akn bermula pada pukul 7 mlm. Kepada yg ingin menggunakan perkhidmatan musyrif utk pergi ke Green Plaza, boleh menghubungi terus musyrif-musyrif kawasan.

Diminta kepada akhawat yg ingin menggunakan perkhidmatan musyrif untuk ke Green Plaza agar memberitahu musyrif lebih awal dari masa agar tiada masalah yg akan timbul kerana pada malam yg sama ikhwah turut akan ada acara.

Berikut adalah nama2 ketua musyrif mengikut kawasan:-

KAWASAN

KETUA MUSYRIF

NO TEL

Sidi Gaber

Nik Muhammad Taufik bin Bakri

+20117899751

Cleopatra

Mohd Aslam bin Ariffin

+20100174255

Sporting

Syairazi Nuruddin bin Othman

+20119510733

Ibrahimeya

Kamarul Haziq bin Baharuddin

+20118041860

Camp Chezar

Mohd Hafiz Syazwan bin Mohd Ropi

+20114635568

Gama'ah

Mohd Hafiz bin Zulkifli

+20116292964

Syatbi

Irsyad Zamani bin Zahran

+20167387688

Azarita

Mohd Zikir bin Ismail

+20118353289

Asrama

Mohd Hafidzudin bin Abd Razak

+20111649166

Akhawat disarankan supaya bergerak secara berkumpulan bagi acara-acara sesi malam bg tujuan keselamatan dan juga memudahkan system musyrif.

Setelah selesai acara, diminta kepada akhwat agar menunggu. Insyallah perkhidmatan coaster akan disediakan dari Green Plaza ke Syatby pada jam 11 malam. Insyallah perkhidmatan musyrif juga akan turut disediakan.

Jika terdapat sebarang masalah/ persoalan, boleh menghubungi AJK Keselamatan, Kecemasan & Disiplin KSPCI10:

Mohd Hikmi b Razali ; 0113749410

Nur Diyana bt Mat Rasol ; 0113749589

Yang menjalankan tugas,

AJK Keselamatan, Kecemasan & Disiplin KSPCI10


PING PONG~~~



Monday, March 22, 2010

Peraturan Kejohanan Sukan Tenpin Bowling PCI 2010

1. PERATURAN AM

1.1. Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC).

2. KATEGORI YANG DIPERTANDINGKAN

2.1. Tiga Berpasukan Ikhwah (lelaki) & Tiga Berpasukan Akhawat (wanita)

2.2. Catatan pemarkahan individu tertinggi bagi setiap kategori lelaki dan wanita.

3. ACARA TIGA BERPASUKAN

3.1 Setiap pasukan rumah dibenarkan menghantar dua (2) pasukan yang mengandungi enam (6) orang pemain lelaki dan enam (6) orang pemain wanita. Setiap tim mempunyai 3 orang pemain.

3.2 Setiap pemain mestilah hanya terdiri daripada ahli rumah sendiri sahaja dan pemain tidak dibenarkan bermain untuk tim lain walaupun untuk rumah sendiri. Markah penalty akan dikenakan sekiranya pemain berbuat demikian.

3.3 Setiap pemain dalam setiap pasukan bermain sebanyak tiga (3 games) permainan.

3.4 Keputusan Pertandingan akan ditentukan bagi pasukan yang memperoleh jatuhan pin terbanyak, kedua terbanyak dan ketiga terbanyak.

3.5 Hanya jumlah jatuhan pin bagi dua (2 games) permainan sahaja yang akan diambil kira. Jumlah markah kumpulan bagi satu lagi permainan (cacatan jumlah terendah) tidak diambil kira.

3.5 Hadiah akan disediakan bagi pemain yang mendapat Hi-Series (markah jumlah bagi 2 games) bagi acara berpasukan ini. Hadiah juga akan disediakan bagi peserta individu yang mencatat jatuhan pin terbanyak.

4. PENGESAHAN KEPUTUSAN

4.1 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemain/pasukan untuk mengesahkan keputusan perlawanannya dalam skor yang telah disediakan.

4.2 Keputusan setelah disahkan hanya boleh dibantah dengan kebenaran AJK Bowling yang telah dilantik.

5. GANGGUAN PERMAINAN

5.1 AJK Bowling mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan supaya permainan yang terganggu pada sepasang lorong baru sekiranya lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa masalah kerosakan mesin atau kerosakan-kerosakan lain.

6. PAKAIAN

6.1 Semua peserta hendaklah memakai baju dan warna yang seragam yang melambangkan rumah (batch) masing-masing. Sebarang pakaian berwarna rumah lain akan dikenakan penalty.

6.2 Pakaian haruslah menepati syara’ dan adab yang telah termaktub dalam hukum Islam.

7. LARANGAN

7.1 Peserta-peserta adalah dilarang merokok, meminum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol semasa pertandingan berlangsung.

7.2 Sekiranya ada peserta yang melanggar peraturan ini, penyertaannya dalam pertandingan ini akan dibatalkan serta-merta.

Pertandingan adalah pada

Ikhwah ; 23 mac

Akhawat : 24 mac

Sebarang masalah boleh diajukan kepada:

Anwar Azhari Bin Abdul Karim- unaruto_war@yahoo.com

Nur Afida Hanim Binti Jamal- fida_yo@yahoo.com


Blogger Templates by Isnaini Dot Com. Powered by Blogger and Supported by Lincah.Com - Fiat Cars